Kamis, 12 Mei 2022

MENGGABUNG PUASA QADHA DENGAN PUASA SUNAT

Tidak ada komentar:

         Pada pandangan muktamad mazhab syafie dibolehkan seseorang mengabung puasa wajib dgn puasa sunat. Contohnya puasa qadha digabung dengn puasa sunat syawwal. 


          Menjadi perselisihan antara Syeikh Ibnu Hajar dan Syeikh Ramli adakah perlu itlaqkan/mengaitkan kedua² niat atau cukup dengan satu niat sahaja?


1. Menurut Syeikh Ibnu Hajar, seseorang yang ingin menggabungkan puasa wajib dan puasa sunat perlulah mendatangkan kedua² niat iaitu berniat untuk puasa qadha dan berniat juga untuk puasa sunat. Contoh lafaz niatnya ialah "sahaja aku puasa qadha ramadhan dan puasa sunat syawwal kerana Allah Taala"... Menurut Syeikh Ibnu Hajar, jika seseorang tidak mendatangkan kedua² niat maka hanya yg diniatkan itu sahaja terhasil pahala. 


2. Menurut Syeikh Ramli, tidak perlu mendatangkan kedua² niat. Cukup niat qadha sahaja maka termasuk juga didalamnya puasa sunat syawwal jika dilakukan pd bulan syawwal.


Kedua-dua pendapat ini adalah dalam mazhab syafie, silakan ambil pendapat mana yg hendak diikuti. Namun nasihat saya, bagi mereka yang masih mempunyai hutang puasa tempoh hari, maka sayugia untuk menqadha puasanya terlebih dahulu barulah diikuti dengan puasa sunat syawwal. Kerana syeikh Khatib Syirbini dalam kitab Mughni Al Muhtaj menyatakan, orang yang menggabungkan puasanya(qadha dan sunat syawwal) atau orang yg mnegerjakan sunat syawwal dahulu barulah diikuti puasa qadha nanti maka tidak mendaoat kelebihan puasa sunat syawwal yg disebut dalam hadis. Hnya terhasil pahala sunat syawwal jua. 


RUJUKAN: Kitab Kasyful Litham juz 1 hal 108



Tidak ada komentar:

Posting Komentar

 
back to top